Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Zapin Seni Warisan Kebanggaan Johor

Imej
TARIAN zapin sinonim dengan negeri Johor dan dikatakan menjadi pencetus tarian itu sehingga diterima oleh masyarakat dan menjadi antara kemestian dalam setiap keraian. Malahan tarian ini sering dipaparkan dalam katalog atau risalah pelancongan negeri Johor. Ini menjadikan zapin dan Johor seperti tidak dapat dipisahkan. Terdapat kira-kira 20 jenis tarian zapin di Johor yang gerak tarinya diasaskan oleh masyarakat Melayu tempatan, malah hampir semua daerah di negeri ini mempunyai versi tarian zapin yang tersendiri. Di Malaysia, tarian zapin juga dikenali dengan sebutan Zafana (Arab) atau Jepin (Indonesia) mempunyai pelbagai varian, sama ada ia wujud sebagai entiti 'authoctonous' atau hibrid. Antara tarian Zapin popular di Johor ialah zapin Melayu Johor, zapin Lenga dan Putar Alam dari Muar selain zapin Pulau dan Tenglu (Mersing), zapin Lapis Batu Putih (Batu Pahat) dan zapin Parit Mastar (Pontian) serta zapin Selat Panjang (Kluang) yang masing-masing mempunyai keunikan tersendi…

Salam Pertemuan

Imej
Assalamualaikum,
Salam Perkenalan,
Salam Pe-Zapin Johor.

Bersyukur ke hadrat Allah, pada hari ini saya dapat memulakan catatan tentang isu-isu semasa mengenai seni tradisional dan kebudayaan di negara kita amnya dan negeri Johor khasnya. Dalam masa terdekat ini, saya akan memulakan bicara secara maya setelah blog ini disiapkan sepenuhnya. Salam ukhwah dan perkenalan dari saya Razak Rahmat.


Razak Rahmat,
Yang Dipetua
Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor.